mengapa saya inginkan broadband

assalamualaikum...saya harap anda mendapat ilmu yang berguna dalam blog yang tak seberapa ini...

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia.

Celcom 3G dan Maxis 3G tidak perlu diperkenalkan lagi, tapi mana datangnya iZZi?iZZi mula diperkenalkan pada suku ke-empat pada tahun 2007.Ia dikatakan mampu memberikan berkhidmatan broadband menggunakan teknologi iBurst sehingga terasa kelajuan “4G”.Tapi adakah ialnya lebih laju dari 3G(284Kbps~384Kbps) dan 3.5G / HSDPA (1.8Mbps~ 3.67.2Mbps~7.2Mbps)?
iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G.Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.
Pakej iZZione didatangkan dengan 4jenis pakej.iZZione dengan RM66 sebulan, iZZiyou dengan RM98 sebulan, iZZipro Rm118 sebulan dan iZZiteam RM180 sebulan.Bagi Pakej iZZiyou pelanggan akan dibekalkan modem “4G” jenis USB dengan kontrak 12 bulan untuk bayaran mudah RM98.Untuk info lebih lanjut berkenaan iZZi broadband buleh la lawat ke laman rasmi iZZinet di http://www.izzi.com.my/
Tak cukup dengan gimik “4G” , timbul pula tanda tanya kemana perginya Wimax yang digembar-gemburkan pada akhir suku pertama tahun 2007 sudah?Pada masa itu kerajaan ada mengumumkan pemberian spektrum capaian jalur lebar 2.3 GigaHertz tanpa wayar Wimax kepada kepada Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, REDtone- CNX Broadband Sdn Bhd dan Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.Adakah tahun 2008 ini bakal menyaksikan kemunculan perkidmatan jalurlebar Wimax yang pertama?Sama-sama kita tunggu.
Berbalik pada tajuk utama, jalur lebar(Brodband) 3G mana satu kah yang lebih baik?Sebenarnya sukar untuk menentukan mana satu pembekal 3G yang lebih baik memandangkan banyak aspek yang perlu di ambil kira bagi merumuskan siapa yang lebih baik.
Dari satu aspek infrastruktur pembekal telekomunikasi itu sendiri harus baik.Dalam kategori ini celcom dilihat mempunyai sedikit kelebihan.Ini di sebabkan bukan sahaja celcom mampu memberi perkhidmatan 3G melalui pencawang celcom sediada tetapi mereka uga mempunyai akses dan kemudahan daripada TM Malaysia.
TM Malaysia merupakan gergasi telekom di Malaysia.Hampir setiap ceruk penempatan mempunyai cawangan nya sendiri.Ini memberikan satu kelebihan kepada celcom untuk meluaskan “jajahannya”. Saya tidak cakap kosong sebab saya pernah memasuki hampir kebanyakan ibusawat telekom yang mempunyai broadband di seluruh Malaysia semasa saya berkhidmat sebagai support dibawah TM LSS Network.Saya lihat sendiri infra 3G milik celcom di kebanyakan ibusawat TM.Tidak hairanlah jika Celcom 3G digelar yang terluas.
Walaupun begitu Maxis juga sudah kita sedia maklum mempunyai pengalaman dalam teknologi komunikasi mudah alih dan juga cukup lengkap dengan infra di merata tempat didalam Malaysia.Saya antara salah sesorang pelanggan talian mudah alih Maxis sejak tahun 1999 merasakan cukup puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tapi kita ni bercakap tentang 3G, bukan GPRS.Dari pengalaman saya menggunakan 3G dalam beberapa bulan ni.Selalunya sukar bagi saya mendapat signal 3G apabila dikawasan kampung.Di rumah saya di kawasan kapar-pelabuhan Klang coverage 3G nya agak mengecewakan.Walaupun ada sesetengah tempat saya buleh mendapat 3 bar tapi dikebanyakan tempat saya hanya mendapat 1bar dan selalu terputus sebelum signal bertukar menjadi GPRS.
Sama juga situasi di kampung belah orang rumah saya di kota bharu.Raya haji hari tu saya banyak juga mencuba coverage 3G di salah sebuah wilayah jajahan celcom.Tapi dari apa yang saya dapat masih belum betul-betul memuaskan dimana ianya lebih lambat berbanding dial-up 56kbps.Walaupun begitu saya masih buleh membaca email serta mengemaskini blog cuma ianya memerlukan masa yang agak panjang lebih daripada biasa lah.
Sebelum lupa saya nak bagi tahu, pakej 3G yang saya ambil ialah pakej D68 dimana ianya hanya menawarkan 3G dengan data( SMS) sahaja.Mungkin pakej 3.5Gx mempunyai keputusan yang berbeza.
Salah satu lagi aspek dalam penilaian capaian 3G ialah peranti atau modem itu sendiri.Ada banyak dan brand modem 3G/3Gx/HSDPA buleh didapati dipasaran.Setiap jenis dan brand buleh memberikan prestasi yang berbeza-beza.Antara jenis modem 3G ialah jenis PCMCIA untuk Laptop/Notebook/Komputer Riba.3G Express Card untuk Laptop.dan 3G USB Modem untuk Laptop ataupun Desktop.
Brand 3G modem pula adalah seperti Novatel Merlin, Vodafone, Sierra WirelessAircard, Huawei, Option GT MAX, Orange 3G datacard, Maxis datacard, T-Mobile dan banyak lagi.
Harga untuk setiap modem adalah dalam lingkungan RM300 ke Rm1000 ++.
Secara Amnya masih ramai yang kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana operator 3G Malaysia pada masa ini.Ini dapat di lihat di forum-forum IT tempatan yang kebanyakan daripada pengguna masih merungut dengan perkidmatan 3G yang mereka langgan.
Faktor coverage / capaian 3G di Malaysia masih menjadi isu utama.Capaian di bandar-bandar utama didapati lebih baik berbanding capaian di bandar kecil ataupun pinggir bandar mahupun kampung.
Maka dengan ini buleh disimpulkan (untuk masa ini), jika anda ingin mencari penyelesaian/solution bagi keperluan 3G broadband untuk bisnes anda, adalah lebih baik untuk anda cari lokasi yang strategik terlebih dahulu.RM68 utntuk kebanyakan pakej 3G broadband dilihat sebagai satu alternatif bagi sesiapa yang inginkan capan internet tanpa had kepada dial-up 56k yang mana jika dihitung ianya jauh lebih jimat.Tetapi itu bergantung juga kepada tahap kebolehcapaian dan keboleh percayaan perkhidmatan yang diperolehi oleh pelanggan.Akhir kata, pilih lah dengan bijak untuk kesenangan di hari mendatang


broadband ataupun jalur lebar adalah medium menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).